Malaysia legislation
Section 6
of KAEDAH-KAEDAH UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (HAKAM) 2023
Seksyen 6
(1)
Mahkamah hendaklah, sekiranya berpuas hati dengan kelayakan orang yang dinamakan di bawah kaedah 5, melantik orang yang dinamakan itu sebagai Hakam bagi pihak-pihak itu masing-masing.
(2)
Walau apa pun subkaedah (1), Mahkamah boleh melantik mana-mana orang lain yang disebut dalam perenggan 3(b) atau (c) sebagai Hakam untuk bertindak bagi mana-mana pihak jika—
(a)
mana-mana pihak-pihak itu memaklumkan Mahkamah mengenai hasratnya untuk tidak menamakan mana-mana orang sebagai
Hakam;
(b)
mana-mana pihak-pihak itu tidak menamakan mana-mana orang sebagai
Hakam dalam tempoh yang dinyatakan dalam subkaedah 5(1); atau
(c)
pada pendapat Mahkamah, orang yang dinamakan sebagai Hakam oleh pihak-pihak itu tidak memenuhi kelayakan yang disebut dalam kaedah 4.
(3)
Pelantikan Hakam di bawah subkaedah (1) dan (2) hendaklah dibuat melalui suatu perintah dalam Borang 2 Jadual Pertama.
Penggantian Hakam