Malaysia legislation

Section 12

of KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA) (TATATERTIB PELAJAR) 2024

Seksyen 12

(1)

Tiada seorang pun pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar, boleh menerbitkan, mengagihkan atau mengedarkan apa-apa dokumen di dalam Kampus atau di luar Kampus tanpa kebenaran secara bertulis terlebih dahulu daripada Naib Canselor.

(2)

Dalam memberikan kebenaran di bawah subkaedah (1), Naib Canselor boleh mengenakan apa-apa sekatan, terma atau syarat sebagaimana yang difikirkan perlu atau suai manfaat oleh Naib Canselor.

(3)

Kebenaran yang dikehendaki di bawah subkaedah (1) hendaklah sebagai tambahan kepada apa-apa lesen, permit atau apa-apa bentuk lain pemberikuasaan yang dikehendaki di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain.

(4)

Bagi maksud subkaedah (1), “dokumen” termasuklah apa-apa penerbitan bercetak dan elektronik.

(5)

Mana-mana pelajar yang melanggar subkaedah (1) atau apa-apa sekatan, terma atau syarat yang dikenakan oleh Naib Canselor dalam subkaedah (2) melakukan suatu kesalahan tatatertib.

P.U. (A) 408 18

Kegiatan pelajar di luar Kampus

Section 12 — KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA) (TATATERTIB PELAJAR) 2024