Malaysia legislation

Section 13

of KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA) (TATATERTIB PELAJAR) 2024

Seksyen 13

(1)

Tiada seorang pun pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar, boleh menganjurkan, menjalankan atau menyertai apa-apa kegiatan di luar Kampus yang mendatangkan kesan yang buruk kepada Universiti atau yang mendatangkan mudarat kepada kepentingan Universiti.

(2)

Naib Canselor boleh mengeluarkan garis panduan berkenaan dengan kegiatan yang mendatangkan mudarat kepada kepentingan Universiti.

(3)

Mana-mana pelajar yang melanggar subkaedah (1) melakukan suatu kesalahan tatatertib.

Pelajar yang melibatkan diri dalam pekerjaan, dsb., yang tidak sesuai

Section 13 — KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA) (TATATERTIB PELAJAR) 2024