Malaysia legislation
Section 56
Seksyen 56
Pengumuman keputusan
(1)
Selepas mendengar keterangan saksi dan memeriksa dokumen atau barang lain yang dikemukakan di hadapannya, pihak berkuasa tatatertib hendaklah mengumumkan keputusannya dalam kes itu.
(2)
Jika pihak berkuasa tatatertib memutuskan bahawa pelajar itu bersalah atas kesalahan tatatertib itu, pihak berkuasa tatatertib hendaklah meminta pelajar itu mengemukakan apa-apa rayuan untuk meringankan hukumannya.
P.U. (A) 408 37
(3)
Jika selepas pelajar itu mengemukakan rayuannya untuk meringankan hukuman di bawah subkaedah (2), pihak berkuasa tatatertib hendaklah mengenakan terhadap pelajar itu satu daripada hukuman yang dinyatakan dalam subkaedah 58(1)
atau mana-mana gabungan dua atau lebih hukuman itu yang sesuai.
(4)
Keputusan pihak berkuasa tatatertib itu hendaklah disampaikan secara bertulis kepada pelajar itu dalam masa empat belas hari dari tarikh keputusan.
Tatacara apabila pelajar membuat representasi bertulis