Malaysia legislation
Section 66
Seksyen 66
(1)
Tiada seorang pun boleh hadir dalam sesuatu prosiding tatatertib kecuali—
(a)
ahli pihak berkuasa tatatertib;
(b)
pelajar yang terhadapnya prosiding tatatertib diambil;
(c)
pekerja Universiti atau pelajar lain Universiti yang mewakili pelajar itu;
(d)
ibu bapa atau penjaga pelajar itu;
(e)
saksi yang dipanggil memberikan keterangan oleh pihak berkuasa tatatertib; dan
(f)
mana-mana orang lain sebagaimana yang dibenarkan hadir oleh pihak berkuasa tatatertib atas apa-apa sebab.
(2)
Seseorang yang hadir dalam prosiding tatatertib di bawah perenggan 1(f), tidak boleh dalam apa-apa cara mengganggu penjalanan prosiding tatatertib.