Malaysia legislation

Section 61

of KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (UNIVERSITI MALAYA) (TATATERTIB PELAJAR) 2024

Seksyen 61

(1)

Pihak berkuasa tatatertib hendaklah menyenggara suatu daftar bagi semua prosiding tatatertib yang dijalankan di bawah Kaedah-Kaedah ini.

(2)

Daftar yang disebut dalam subkaedah (1) hendaklah merekodkan—

(a)

nama pelajar;

(b)

butir-butir kesalahan tatatertib;

(c)

perkembangan prosiding tatatertib;

(d)

keputusan prosiding tatatertib; dan

(e)

apa-apa maklumat atau butir-butir lain sebagaimana yang diarahkan oleh pihak berkuasa tatatertib.

Laporan prosiding tatatertib

Section 61 — KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (UNIVERSITI MALAYA) (TATATERTIB PELAJAR) 2024