Malaysia legislation

Section 10

of KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN) (TATATERTIB PELAJAR) 2024

Seksyen 10

(1)

Tiada seorang pun pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar, boleh—

(a)

membuat atau menyebabkan supaya dibuat atau melakukan apa-apa perbuatan untuk membuat atau menyebabkan supaya dibuat;

(b)

mengibar, menunjukkan, mempamer atau menggunakan, atau menyebabkan supaya dikibar, ditunjukkan, dipamer atau menggunakan; atau

(c)

memiliki atau mempunyai dalam milikannya, jagaannya atau kawalannya, apa-apa bendera, sepanduk, plakad, poster, lambang atau peranti lain yang boleh menyebabkan keadaan tidak berdisiplin, kekacauan, keingkaran atau pelanggaran

Kaedah-Kaedah ini.

(2)

Mana-mana pelajar yang melanggar subkaedah

(1)

melakukan suatu kesalahan tatatertib.

Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian, perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi 11.

(1)

Tiada seorang pun pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar boleh menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian, perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi bagi maksud memulakan apa-apa komen, permintaan, cadangan, pengagihan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, menjijikkan, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut, menyinggung atau mengganggu mana-mana orang.

(2)

Mana-mana pelajar yang melanggar subkaedah

(1)

melakukan suatu kesalahan tatatertib.

P.U. (A) 383 18

Penerbitan, pengagihan atau pengedaran dokumen

Section 10 — KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN) (TATATERTIB PELAJAR) 2024