Malaysia legislation

Section 12

of KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN) (TATATERTIB PELAJAR) 2024

Seksyen 12

(1)

Tiada seorang pun pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar, boleh menerbitkan, mengagihkan atau mengedarkan apa-apa dokumen di dalam

Kampus atau di luar Kampus tanpa kebenaran secara bertulis terlebih dahulu

Naib Canselor.

(2)

Dalam memberikan kebenaran di bawah subkaedah (1), Naib Canselor boleh mengenakan apa-apa sekatan, terma atau syarat sebagaimana yang difikirkan perlu atau suai manfaat oleh Naib Canselor.

(3)

Kebenaran yang dikehendaki di bawah subkaedah (1) ini hendaklah sebagai tambahan kepada apa-apa lesen, permit atau apa-apa bentuk lain pemberikuasaan yang dikehendaki di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain.

(4)

Bagi maksud subkaedah

(1)

,

“dokumen”

termasuklah apa-apa penerbitan bercetak dan elektronik.

(5)

Mana-mana pelajar yang melanggar subkaedah (1) atau apa-apa sekatan, terma atau syarat yang dikenakan Naib Canselor dalam subkaedah (2)

melakukan suatu kesalahan tatatertib.

Kegiatan pelajar di luar Kampus

Section 12 — KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN) (TATATERTIB PELAJAR) 2024