Malaysia legislation
Section 58
Seksyen 58
(1)
Mana-mana pelajar yang didapati bersalah atas apa-apa kesalahan tatatertib di bawah Kaedah-Kaedah ini boleh dikenakan satu atau mana-mana gabungan dua atau lebih hukuman yang sesuai seperti yang berikut:
(a)
amaran;
(b)
khidmat masyarakat mengikut peraturan-peraturan oleh Lembaga yang tidak melebihi 24 jam;
(c)
denda tidak melebihi lima ratus ringgit;
P.U. (A) 383 40
(d)
dilarang daripada berada di dalam mana-mana bahagian Kampus bagi suatu tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh pihak berkuasa tatatertib;
(e)
dibuang atau dilarang untuk tinggal di dalam asrama;
(f)
bagi kesalahan tatatertib yang berhubungan dengan perkara akademik, digantung daripada menduduki apa-apa peperiksaan sebagaimana yang ditentukan oleh Universiti;
(g)
digantung daripada menjadi seorang pelajar
Universiti bagi suatu tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh pihak berkuasa tatatertib; atau
(h)
dibuang daripada Universiti.
(2)
Berkenaan dengan kesalahan tatatertib dibawah kaedah 8, pihak berkuasa tatatertib boleh, dengan kelulusan Senat, sebagai tambahan kepada hukuman di bawah subkaedah (1), mengenakan hukuman gred gagal bagi mana-mana kursus pengajian tertentu atau semua kursus pengajian semasa semester yang dinyatakan itu.
(3)
Bagi maksud kaedah ini—
(a)
“semester” bermaksud suatu tempoh masa yang diuntukkan oleh Senat bagi maksud kuliah, peperiksaan dan apa-apa kegiatan pendidikan; dan
(b)
“khidmat masyarakat” ertinya apa-apa perkhidmatan atau apa-apa kegiatan yang dilakukan demi kebaikan orang awam keseluruhannya.
P.U. (A) 383 41
(4)
Mana-mana pelajar yang tidak mematuhi hukuman yang disebut dalam perenggan (1)(b) boleh dikenakan denda lima ratus ringgit.
Jagaan dan pelupusan barang kes