Malaysia legislation

Section 7

of KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN) (TATATERTIB PELAJAR) 2024

Seksyen 7

(1)

Jika kursus pengajian seseorang pelajar menghendaki kehadiran pelajar itu bagi sesuatu peperiksaan dan pelajar itu tidak selainnya dihalang daripada menduduki peperiksaan itu, pelajar itu hendaklah hadir bagi peperiksaan itu melainkan jika kebenaran terlebih dahulu daripada Dekan Fakulti atau ketua Sekolah, Pusat,

Akademi atau Institut, mengikut mana-mana yang berkenaan, telah diperoleh.

(2)

Jika hal keadaan tidak membenarkan kebenaran terlebih dahulu itu diperoleh, pelajar hendaklah, dengan seberapa segera yang boleh selepas peperiksaan itu, memperoleh kebenaran daripada Dekan Fakulti atau ketua Sekolah, Pusat,

Akademi atau Institut, mengikut mana-mana yang berkenaan, berkenaan dengan ketidakhadirannya itu.

(3)

Mana-mana pelajar yang tidak dihalang daripada menduduki sesuatu peperiksaan tetapi tidak menduduki peperiksaan itu tanpa memperoleh kebenaran daripada Dekan Fakulti atau ketua Sekolah, Pusat, Akademi atau Institut, mengikut mana-mana yang berkenaan, melakukan suatu kesalahan tatatertib.

Kelakuan yang berhubungan dengan peperiksaan

Section 7 — KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN) (TATATERTIB PELAJAR) 2024