Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
(1)
Tiada seorang pun pelajar boleh—
(a)
berkelakuan, sama ada di dalam Kampus atau di luar Kampus, dengan apa-apa cara yang merosakkan atau mendatangkan mudarat kepada—
(i)
kepentingan, kesejahteraan, nama baik atau integriti
Universiti, mana-mana pelajar atau pekerja Universiti; atau
(ii)
ketenteraman awam, kesejahteraan atau keselamatan, kemoralan, kesopanan atau tatatertib;
(b)
melanggar apa-apa peruntukan mana-mana undang-undang bertulis, sama ada di dalam Universiti atau di luar Universiti;
(c)
mengganggu atau campur tangan dalam, atau menyebabkan terganggunya atau campur tangan dalam, apa-apa pengajaran,
P.U. (A) 322 9
pengajian, penyelidikan, kerja pentadbiran, atau apa-apa kegiatan yang dijalankan oleh atau di bawah arahan atau dengan kebenaran
Universiti;
(d)
mencegah, menghalang atau mengganggu, atau menyebabkan supaya dicegah, dihalang atau diganggu, mana-mana pekerja
Universiti atau mana-mana orang yang bertindak di bawah arahan atau kebenaran pekerja itu, daripada menjalankan kerja, kewajipan atau fungsinya;
(e)
mencegah atau menghalang, atau menyebabkan supaya dicegah atau dihalang, mana-mana pelajar daripada menghadiri mana-mana kuliah, tutorial, kelas atau peperiksaan, atau daripada melakukan apa-apa kegiatan yang dijalankan oleh atau di bawah arahan, atau dengan kebenaran Universiti;
(f)
menganjur, menghasut atau mengambil bahagian dalam pemboikotan apa-apa kuliah, tutorial, kelas, peperiksaan atau kegiatan lain yang dijalankan oleh atau di bawah arahan, atau dengan kebenaran Universiti;
(g)
merosak, mengubah, mengusik, mencuri atau tanpa kebenaran yang sah mengalih, atau dengan apa-apa cara menguruskan, apa-apa bahan, objek, barang atau harta Universiti;
(h)
melakukan apa-apa perbuatan atau menyebabkan apa-apa perbuatan dilakukan di dalam Kampus, bagi menyebabkan atau mungkin menyebabkan berlaku apa-apa salah laku, halangan, kesulitan, kegusaran, kerugian atau kecederaan kepada mana-mana orang atau mana-mana badan pelajar di dalam Universiti;
(i)
melanggar apa-apa arahan atau kehendak Ketua Pustakawan
Universiti atau pekerja perpustakaan lain berkenaan dengan
P.U. (A) 322 10
penggunaan perpustakaan, buku-buku perpustakaan dan kemudahan lain di dalam perpustakaan; atau
(j)
melanggar apa-apa arahan atau kehendak orang yang diberi kuasa berkenaan dengan penggunaan apa-apa bahan, objek, barang atau harta di dalam Universiti.
(2)
Mana-mana pelajar yang melanggar subkaedah
(1)
melakukan suatu kesalahan tatatertib.
Menghadiri kuliah, tutorial, dsb.