Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
(1)
Tiada seorang pun pelajar boleh—
P.U. (A) 322 11
(a)
menggunakan teks atau apa-apa bentuk rakaman kuliah, tutorial, kelas atau pengajaran yang disampaikan kepada pelajar itu di Universiti kecuali bagi maksud mengikuti kursus pengajiannya; atau
(b)
menghasilkan semula, dalam apa-apa cara, keseluruhan atau mana-mana bahagian teks atau apa-apa bentuk rakaman yang disebut dalam perenggan (a) bagi maksud penerbitan, pengagihan atau pengedaran, sama ada untuk bayaran atau tidak.
(2)
Walau apa pun subkaedah (1), Naib Canselor boleh mengeluarkan garis panduan yang membenarkan mana-mana pelajar atau apa-apa pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar, untuk membuat salinan teks atau apa-apa bentuk rakaman mana-mana kuliah, tutorial, kelas atau pengajaran di bawah kawalan dan arahan Naib Canselor atau Dekan Fakulti atau ketua Sekolah, Pusat, Akademi atau Institut, sebagaimana yang dibenarkan oleh Naib Canselor, tertakluk kepada syarat sebagaimana yang difikirkan perlu atau suai manfaat oleh Naib Canselor.
(3)
Mana-mana pelajar yang melanggar subkaedah
(1)
melakukan suatu kesalahan tatatertib.
Plagiarisme dan etika penulisan