Malaysia legislation
Section 72
Seksyen 72
(1)
Jika mana-mana ahli Jawatankuasa Tatatertib Pelajar mempunyai apa-apa kepentingan dalam mana-mana prosiding tatatertib yang dibawa di hadapannya, ahli Jawatankuasa Tatatertib Pelajar itu hendaklah mengisytiharkan jenis kepentingan itu dalam mesyuarat yang diadakan oleh pihak berkuasa tatatertib sebelum pengeluaran notis di bawah subkaedah 49(1) dan pengisytiharan itu hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat yang dalamnya pengisytiharan itu telah dibuat.
(2)
Jika pengerusi atau mana-mana ahli Jawatankuasa Rayuan Tatatertib
Pelajar mempunyai apa-apa kepentingan dalam mana-mana rayuan di bawah kaedah 67, pengerusi atau mana-mana ahli Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar itu hendaklah mengisytiharkan jenis kepentingan itu dalam mesyuarat yang diadakan oleh
Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar sebelum pendengaran rayuan itu dan pengisytiharan itu hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat yang dalamnya pengisytiharan itu telah dibuat.
(3)
Mana-mana orang yang dinyatakan di bawah subkaedah (1) atau (2) yang mempunyai kepentingan dalam mana-mana prosiding tatatertib yang dibawa di hadapannya tidak boleh mengambil bahagian dalam prosiding tatatertib atau rayuan tatatertib itu.
Penyampaian notis dan dokumen