Malaysia legislation
Section 9
of KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS) (TATATERTIB PELAJAR) 2024
Seksyen 9
(1)
Seseorang pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar boleh mengadakan, menganjurkan atau terlibat dalam suatu perhimpunan, dalam mana-mana bahagian Kampus jika—
(a)
perhimpunan itu diadakan dan dianjurkan tidak melanggar apa-apa arahan, sekatan, terma atau syarat yang dinyatakan di dalam kebenaran yang dikeluarkan oleh Naib Canselor; dan
(b)
peserta perhimpunan itu—
(i)
tidak melakukan apa-apa perbuatan atau membuat apa-apa pernyataan yang berkecenderungan untuk mewujudkan atau menggalakkan perasaan niat jahat atau permusuhan dalam kalangan pelajar, pekerja Universiti atau mana-mana orang lain; dan
(ii)
tidak membuat apa-apa yang mengganggu ketenangan, ketenteraman dan kesejahteraan Universiti dan orang awam.
P.U. (A) 303 17
(2)
Mana-mana pelajar yang melanggar subkaedah (1) melakukan suatu kesalahan tatatertib.
Bendera dan sepanduk