Malaysia legislation
Section 15
of KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (UNIVERSITI MALAYSIA SABAH) (TATATERTIB PELAJAR) 2024
Seksyen 15
(1)
Tiada seorang pun pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar, boleh membuat apa-apa representasi atau komunikasi lain, sama ada secara lisan atau bertulis, berhubung dengan apa-apa perkara mengenai Universiti, pekerja Universiti atau pelajar Universiti, yang memudaratkan atau yang mendatangkan mudarat kepada
Universiti, dalam perjalanan apa-apa kuliah, ucapan atau pernyataan awam atau dalam apa-apa penyiaran melalui bunyi atau gambar.
(2)
Mana-mana pelajar yang melanggar subkaedah (1) melakukan suatu kesalahan tatatertib.
Bantahan pelajar terhadap kemasukan orang ke dalam Kampus