Malaysia legislation
Section 18
of KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (UNIVERSITI MALAYSIA SABAH) (TATATERTIB PELAJAR) 2024
Seksyen 18
(1)
Tiada seorang pun pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar, boleh menganjurkan, menguruskan, menjalankan atau membantu dalam menganjurkan, menguruskan atau menjalankan, atau menyertai apa-apa perjudian di dalam Kampus.
(2)
Tiada seorang pun pelajar boleh membekal, memiliki atau menyimpan apa-apa juga jenis perjudian atau apa-apa peralatan atau benda yang digunakan untuk perjudian atau bertanggungjawab bagi menganjurkan apa-apa jenis perjudian di dalam Kampus.
(3)
Bagi maksud kaedah ini, “perjudian” ertinya bermain apa-apa permainan beradu nasib, atau gabungan beradu nasib dan kemahiran, bagi mendapatkan wang atau nilai wang, dan termasuklah apa-apa pertaganan, pertaruhan atau loteri.
(4)
Mana-mana pelajar yang melanggar subkaedah (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan tatatertib.
Bahan yang memabukkan