Seksyen 19
Bahan yang memabukkan
of Kaedah-Kaedah Universiti dan Kolej Universiti (Universiti Malaysia Sabah) (Tatatertib Pelajar) 2024
(1)
Tiada seorang pun pelajar boleh—
P.U. (A) 340 21
(a)
mengguna, minum atau mempunyai dalam milikannya, jagaannya atau kawalannya, apa-apa bahan yang memabukkan di dalam Kampus; atau
(b)
berada dalam keadaan mabuk di bawah pengaruh bahan yang memabukkan di dalam Kampus.
(2)
Bagi maksud kaedah ini, “bahan yang memabukkan” ertinya apa-apa bahan yang pada bila-bila masa dan tidak kira bagaimana sekalipun penggunaannya boleh menyebabkan mabuk atau menjejaskan pertimbangan atau hilang kewarasan.
(3)
Mana-mana pelajar yang melanggar subkaedah (1) melakukan suatu kesalahan tatatertib.