Malaysia legislation

Section 49

of KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK) (TATATERTIB PELAJAR) 2024

Seksyen 49

(1)

Jika seseorang pelajar dikatakan telah melakukan suatu kesalahan tatatertib di bawah Kaedah-Kaedah ini, pihak berkuasa tatatertib hendaklah memberikan suatu notis bertulis kepada pelajar yang mengandungi kesalahan tatatertib yang dikatakan itu, fakta kes, hukuman atau denda maksimum yang boleh dikenakan dan alasan bagi tindakan yang dicadangkan diambil terhadap pelajar itu.

(2)

Notis yang disebut dalam subkaedah (1) hendaklah menyatakan hak pelajar itu untuk membuat suatu representasi lisan atau representasi bertulis berkenaan dengan kesalahan tatatertib yang dikatakan itu dalam tempoh dan mengikut cara sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu.

P.U. (A) 372 36

(3)

Pelajar itu hendaklah mempunyai hak untuk diwakili oleh seseorang pekerja Universiti atau pelajar lain Universiti itu dalam prosiding tatatertib yang diambil terhadap pelajar itu.

Akibat tidak membuat representasi

Section 49 — KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK) (TATATERTIB PELAJAR) 2024