Malaysia legislation

Section 53

of KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK) (TATATERTIB PELAJAR) 2024

Seksyen 53

(1)

Jika pelajar mengaku tidak bersalah atas kesalahan tatatertib, atau tidak atau enggan mengaku, atau tidak mengaku fakta kes, pihak berkuasa tatatertib hendaklah memeriksa mana-mana saksi, apa-apa dokumen atau barang lain bagi menyokong kes terhadap pelajar itu.

P.U. (A) 372 37

(2)

Pelajar itu, pekerja Universiti atau pelajar lain Universiti yang mewakili pelajar itu mempunyai hak untuk menyoal mana-mana saksi dan memeriksa dokumen atau barang itu, dan pihak berkuasa tatatertib boleh memeriksa semula saksi itu.

(3)

Bagi maksud subkaedah (1), saksi hendaklah diminta oleh pihak berkuasa tatatertib untuk memberikan keterangan dalam pendengaran itu.

(4)

Jika keterangan yang disebut dalam subkaedah (3) telah diterima, dan pihak berkuasa tatatertib mendapati bahawa tiada kes untuk dijawab, pihak berkuasa tatatertib hendaklah memutuskan bahawa pelajar itu tidak bersalah untuk kesalahan tatatertib itu.

Keterangan pelajar

Section 53 — KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK) (TATATERTIB PELAJAR) 2024