Malaysia legislation

Section 45

of KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU) (TATATERTIB PELAJAR) 2024

Seksyen 45

(1)

Seseorang pelajar hendaklah mematuhi—

(a)

semua arahan lalu lintas dalam bentuk apa-apa perintah, suruhan atau arahan yang diberikan oleh orang yang diberi kuasa semasa menggunakan jalan, kenderaan atau kenderaan motor di dalam

Kampus; dan

(b)

semua isyarat lalu lintas dalam bentuk apa-apa isyarat, tiang isyarat amaran, tiang isyarat arah, tanda atau peranti yang didirikan atau disediakan di atas atau berhampiran dengan jalan sebagai makluman, panduan atau tanda arah bagi menggunakan jalan itu.

(2)

Mana-mana pelajar yang melanggar subkaedah

(1)

melakukan suatu kesalahan tatatertib.

Pengemukaan lesen memandu dan kad pelajar

Section 45 — KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU) (TATATERTIB PELAJAR) 2024