Malaysia legislation

Section 38

of KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA) (TATATERTIB PELAJAR) 2024

Seksyen 38

(1)

Seseorang pelajar menetap hendaklah menetap di asrama menurut budi bicara Universiti.

P.U. (A) 323 30

(2)

Universiti boleh menghendaki seseorang pelajar menetap untuk mengosongkan biliknya di asrama atau memindahkan pelajar menetap itu ke bilik lain di asrama yang sama atau di asrama yang lain pada bila-bila masa tanpa apa-apa alasan.

(3)

Jika seseorang pelajar menetap dikehendaki mengosongkan biliknya di asrama itu atau dipindahkan di bawah subkaedah (2), pelajar menetap itu hendaklah dalam masa yang dinyatakan oleh Universiti mengalihkan semua barang kepunyaannya daripada bilik yang dikehendaki untuk dikosongkan itu.

(4)

Mana-mana pelajar menetap yang melanggar subkaedah (3) melakukan suatu kesalahan tatatertib.

Section 38 — KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA) (TATATERTIB PELAJAR) 2024