Malaysia legislation

Section 70

of KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA) (TATATERTIB PELAJAR) 2024

Seksyen 70

(1)

Dalam menimbangkan rayuan di bawah kaedah 67, Jawatankuasa Rayuan

Tatatertib Pelajar boleh—

(a)

mengesahkan keputusan yang dibuat oleh pihak berkuasa tatatertib itu;

(b)

mengesahkan keputusan pihak berkuasa tatatertib berhubung dengan kesalahan tatatertib pelajar, tetapi mengubah hukuman dengan mengenakan mana-mana satu atau mana-mana gabungan dua atau lebih hukuman yang sesuai di bawah subkaedah 58(1) atau selainnya;

(c)

mengetepikan keputusan yang dibuat oleh pihak berkuasa tatatertib dan mengumumkan bahawa pelajar itu tidak bersalah untuk kesalahan tatatertib itu; atau

(d)

menghantar balik rayuan kepada pihak berkuasa tatatertib untuk dipertimbangkan semula.

(2)

Keputusan Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar adalah muktamad dan hendaklah disampaikan secara bertulis kepada pelajar itu dalam masa empat belas hari dari tarikh keputusan.

Rayuan tidak berkuat kuasa sebagai penggantungan pelaksanaan hukuman

Section 70 — KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA) (TATATERTIB PELAJAR) 2024