Malaysia legislation

Section 12

of KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA) (TATATERTIB PELAJAR) 2024

Seksyen 12

(1)

Tiada seorang pun pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar, boleh menerbitkan, mengagihkan atau mengedarkan apa-apa dokumen di dalam Kampus atau di luar Kampus tanpa kebenaran secara bertulis terlebih dahulu daripada

Naib Canselor.

P.U. (A) 460 18

(2)

Dalam memberikan kebenaran di bawah subkaedah

(1)

,

Naib Canselor boleh mengenakan apa-apa sekatan, terma atau syarat sebagaimana yang difikirkan perlu atau suai manfaat oleh Naib Canselor.

(3)

Kebenaran yang dikehendaki di bawah subkaedah (1) hendaklah sebagai tambahan kepada apa-apa lesen, permit atau apa-apa bentuk lain pemberikuasaan yang dikehendaki di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain.

(4)

Bagi maksud subkaedah (1) “dokumen” termasuklah apa-apa penerbitan bercetak dan elektronik.

(5)

Mana-mana pelajar yang melanggar subkaedah (1) atau apa-apa sekatan, terma atau syarat yang dikenakan oleh Naib Canselor di bawah subkaedah (2) melakukan suatu kesalahan tatatertib.

Kegiatan pelajar di luar Kampus

Section 12 — KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA) (TATATERTIB PELAJAR) 2024