Malaysia legislation
Section 62
of KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA) (TATATERTIB PELAJAR) 2024
Seksyen 62
(1)
Jika seseorang pelajar telah didapati bersalah atas suatu kesalahan tatatertib, pihak berkuasa tatatertib bolehlah menghantar suatu laporan berkenaan dengan prosiding tatatertib itu kepada orang yang berikut:
(a)
Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pengajian tinggi;
(b)
ibu bapa atau penjaga pelajar;
(c)
Kerajaan
Persekutuan atau
Kerajaan
Negeri, institusi, pihak berkuasa berkanun, organisasi komersial atau perniagaan, atau badan lain yang menaja pelajar itu; dan
(d)
majikan pelajar itu, jika ada.
(2)
Orang yang disebut dalam perenggan (1)(b), (c) dan (d) boleh, atas permohonannya kepada pihak berkuasa tatatertib, diberikan salinan terperaku nota prosiding tatatertib selepas dibayar apa-apa fi yang ditentukan oleh pihak berkuasa tatatertib, yang hendaklah tidak melebihi lima ratus ringgit.
(3)
Suatu salinan terperaku nota prosiding tatatertib berkenaan dengan mana-mana kes tertentu hendaklah diberikan oleh pihak berkuasa tatatertib kepada
Menteri jika Menteri menghendaki nota prosiding tatatertib itu.
P.U. (A) 460 43
Pembayaran denda