Malaysia legislation
Section 22
Seksyen 22
(1)
Tiada seorang pun pelajar boleh—
(a)
mempunyai dalam milikannya, jagaannya atau kawalannya apa-apa dadah atau racun;
(b)
memberikan, membekalkan atau menyediakan, atau menawarkan atau cuba memberikan, membekalkan atau menyediakan apa-apa dadah atau racun kepada mana-mana orang;
(c)
menghisap atau selainnya mengambil apa-apa dadah atau racun;
(d)
mempunyai dalam milikannya, jagaannya atau kawalannya apa-apa perkakas, alatan, radas atau barang yang direka bentuk atau diniatkan untuk digunakan bagi memproses, mengambil, meminum, menghisap, menyedut atau memasukkan ke dalam badannya, apa-apa dadah atau racun; atau
(e)
berada di bawah pengaruh mana-mana dadah atau racun.
(2)
Tiada apa-apa jua dalam kaedah ini boleh disifatkan sebagai menghalang seseorang pelajar daripada menjalani apa-apa rawatan perubatan yang melibatkan
P.U. (A) 318 23
apa-apa dadah atau racun sebagaimana yang dipreskripsi oleh pengamal perubatan yang berdaftar di bawah Akta Perubatan 1971 [Akta 50].
(3)
Seseorang pelajar yang disyaki telah mengambil apa-apa dadah hendaklah menyerah dirinya bagi maksud ujian air kencing apabila dikehendaki oleh Naib Canselor atau pihak berkuasa tatatertib.
(4)
Bagi maksud kaedah ini—
(a)
“mengambil” dengan variasi gramatis ertinya makan, mengunyah, menghisap, menelan, minum, menyedut, atau memasukkan ke dalam badan dalam apa-apa cara atau melalui apa-apa cara jua;
(b)
“dadah” ertinya apa-apa dadah atau bahan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama kepada Akta Dadah Berbahaya 1952
[Akta 234]; dan
(c)
“racun”
mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam
Akta Racun 1952 [Akta 366].
(5)
Mana-mana pelajar yang melanggar subkaedah (1) atau mana-mana pelajar yang tidak menyerah dirinya bagi maksud ujian air kencing apabila dikehendaki oleh
Naib Canselor di bawah subkaedah (3) melakukan suatu kesalahan tatatertib.
Merokok, menggunakan, menyimpan, dsb., produk tembakau, produk pengganti tembakau, dsb.