Malaysia legislation

Section 3

of KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA) (TATATERTIB PELAJAR) 2024

Seksyen 3

(1)

Tiada seorang pun pelajar boleh—

(a)

berkelakuan, sama ada di dalam Kampus atau di luar Kampus, dengan apa-apa cara yang merosakkan atau mendatangkan mudarat kepada—

(i)

kepentingan, kesejahteraan, nama baik atau integriti Universiti, mana-mana pelajar atau pekerja Universiti; atau

(ii)

ketenteraman awam, kesejahteraan atau keselamatan, kemoralan, kesopanan atau tatatertib;

(b)

melanggar apa-apa peruntukan mana-mana undang-undang bertulis, sama ada di dalam Universiti atau di luar Universiti;

(c)

mengganggu atau campur tangan dalam, atau menyebabkan terganggunya atau cara campur tangan dalam, apa-apa pengajaran, pengajian, penyelidikan, kerja pentadbiran, atau apa-apa kegiatan yang dijalankan oleh atau di bawah arahan atau dengan kebenaran Universiti;

(d)

mencegah, menghalang atau mengganggu, atau menyebabkan supaya dicegah, dihalang atau diganggu, mana-mana pekerja Universiti atau mana-mana orang yang bertindak di bawah arahan atau kebenaran pekerja itu, daripada menjalankan kerja, kewajipan atau fungsinya;

P.U. (A) 318 9

(e)

mencegah atau menghalang, atau menyebabkan supaya dicegah atau dihalang, mana-mana pelajar daripada menghadiri mana-mana kuliah, tutorial, kelas atau peperiksaan, atau daripada melakukan apa-apa kegiatan yang dijalankan oleh atau di bawah arahan, atau dengan kebenaran Universiti;

(f)

menganjur, menghasut atau mengambil bahagian dalam pemboikotan apa-apa kuliah, tutorial, kelas, peperiksaan atau kegiatan lain yang dijalankan oleh atau di bawah arahan, atau dengan kebenaran

Universiti;

(g)

merosak, mengubah, mengusik, mencuri atau tanpa kebenaran yang sah mengalih, atau dengan apa-apa cara menguruskan, apa-apa bahan, objek, barang, atau harta Universiti;

(h)

melakukan apa-apa perbuatan atau menyebabkan apa-apa perbuatan dilakukan di dalam Kampus, bagi menyebabkan atau mungkin menyebabkan berlaku apa-apa salah laku, halangan, kesulitan, kegusaran, kerugian atau kecederaan kepada mana-mana orang atau mana-mana badan pelajar di dalam Universiti;

(i)

melanggar apa-apa arahan atau kehendak Ketua Pustakawan Universiti, atau pekerja perpustakaan lain berkenaan dengan penggunaan perpustakaan, buku-buku perpustakaan dan kemudahan lain di dalam perpustakaan; atau

(j)

melanggar apa-apa arahan atau kehendak orang yang diberi kuasa berkenaan dengan penggunaan apa-apa bahan, objek, barang atau harta di dalam Universiti.

(2)

Mana-mana pelajar yang melanggar subkaedah (1) melakukan suatu kesalahan tatatertib.

P.U. (A) 318 10

Menghadiri kuliah, tutorial, dsb.

Section 3 — KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA) (TATATERTIB PELAJAR) 2024