Malaysia legislation
Section 65
Seksyen 65
(1)
Jika apa-apa hukuman tatatertib telah dikenakan ke atas seseorang pelajar, pihak berkuasa tatatertib boleh, sebagai tambahan kepada hukuman di bawah subkaedah 58(1), memerintahkan pelajar itu untuk membayar apa-apa pampasan yang adil dan munasabah sebagaimana yang ditentukannya berkenaan dengan apa-apa
P.U. (A) 318 43
kerosakan atau kerugian kepada mana-mana harta kepunyaan Universiti atau apa-apa kerugian kepada Universiti atau pekerja Universiti atau mana-mana pelajar lain.
(2)
Pampasan yang ditentukan di bawah subkaedah (1) hendaklah dibayar oleh pelajar itu kepada Bursar dalam tempoh yang dinyatakan oleh pihak berkuasa tatatertib dan Bursar hendaklah menyebabkan pampasan itu dibayar kepada Universiti atau pekerja Universiti atau mana-mana pelajar lain yang mengalami kerosakan atau kerugian di bawah subkaedah (1).
(3)
Subkaedah 64(2) hendaklah terpakai mutatis mutandis jika pelajar itu tidak membayar pampasan yang ditentukan di bawah subkaedah (1) dalam tempoh yang dinyatakan di bawah subkaedah (2).
Orang yang boleh hadir dalam prosiding tatatertib