Malaysia legislation

Section 21

of KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA) (TATATERTIB PELAJAR) 2024

Seksyen 21

(1)

Tiada seorang pun boleh, mempunyai dalam milikannya, jagaannya atau kawalannya apa-apa bahan lucah di dalam Kampus.

P.U. (A) 335 22

(2)

Subkaedah (1) tidak terpakai jika milikan, jagaan atau kawalan apa-apa bahan lucah adalah relevan bagi maksud kursus pengajian.

(3)

Tiada seorang pun pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar boleh mengagihkan, mengedarkan atau menunjukkan, atau menyebabkan supaya diagihkan, diedarkan atau ditunjukkan, atau dengan apa-apa cara terlibat dalam pengagihan, pengedaran atau penunjukan, apa-apa bahan lucah di dalam Kampus.

(4)

Seseorang pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar hendaklah disifatkan mengagihkan, mengedarkan atau menunjukkan suatu bahan lucah, tanpa mengira sama ada pengagihan, pengedaran atau penunjukan itu adalah—

(a)

kepada satu orang sahaja atau kepada lebih daripada satu orang;

atau

(b)

untuk mendapatkan apa-apa bayaran atau balasan lain.

(5)

Mana-mana pelajar yang melanggar subkaedah (1) atau (3) melakukan suatu kesalahan tatatertib.

Dadah dan racun

Section 21 — KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA) (TATATERTIB PELAJAR) 2024