Malaysia legislation

Section 2

of KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA) (TATATERTIB PELAJAR) 2024

Seksyen 2

Dalam Kaedah-Kaedah ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“asrama” ertinya apa-apa tempat penginapan, dengan apa-apa jua nama yang dipanggil, yang disediakan oleh Universiti bagi tempat tinggal pelajar;

“Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar” ertinya Jawatankuasa Rayuan

Tatatertib Pelajar yang ditubuhkan oleh Lembaga di bawah subseksyen 16B(5) Akta;

“Kampus” ertinya Kampus Universiti termasuk semua asrama, institusi dan bangunan Universiti;

“kenderaan” ertinya suatu struktur yang boleh bergerak atau digerakkan atau digunakan untuk membawa mana-mana orang atau benda dan yang bersentuhan dengan permukaan bumi apabila bergerak;

P.U. (A) 325 7

“kenderaan motor” ertinya tiap-tiap perihalan kenderaan yang digerakkan dengan menggunakan mekanisme yang terkandung di dalam badan kenderaan itu dan dibina atau disesuaikan supaya boleh digunakan di atas jalan, dan termasuklah apa-apa kenderaan yang ditarik oleh sesuatu kenderaan motor sama ada atau tidak bahagian kenderaan yang ditarik sedemikian menindih atas kenderaan motor yang menariknya;

“kesalahan tatatertib” ertinya suatu kesalahan di bawah Kaedah-Kaedah ini;

“Ketua Asrama” ertinya Ketua atau apa-apa nama jua yang diberikan kepada seseorang pekerja Universiti yang dilantik sebagai ketua bagi suatu asrama;

“Naib Canselor” ertinya Naib Canselor Universiti, dan termasuklah mana-mana orang atau kumpulan orang yang diberi kuasa oleh Naib Canselor untuk bertindak bagi pihaknya;

“orang yang diberi kuasa” ertinya mana-mana orang atau kumpulan orang yang diberi kuasa oleh Naib Canselor untuk bertindak bagi pihak Universiti;

“pelajar” ertinya seorang pelajar berdaftar, selain pelajar di suatu institusi yang bersekutu dengan Universiti, yang mengikuti kursus pengajian, pengajaran, latihan atau penyelidikan apa-apa perihalan pada peringkat praijazah atau lepas ijazah secara sepenuh masa atau sambilan dalam, oleh atau daripada Universiti, dan termasuklah pembelajaran jarak jauh, luar kampus, pertukaran dan pelajar tidak berijazah;

“pelajar menetap” ertinya seseorang pelajar yang menetap di dalam asrama;

“peperiksaan” termasuklah apa-apa cara atau kaedah penilaian yang menyebabkan suatu markah atau gred diberikan bagi sesuatu kursus tertentu atau sebahagian daripada kursus tertentu;

“pihak berkuasa tatatertib” ertinya Jawatankuasa Tatatertib Pelajar yang ditubuhkan oleh Lembaga yang disebut dalam seksyen 16B(1) Akta;

P.U. (A) 325 8

“prosiding tatatertib”

ertinya suatu prosiding tatatertib di bawah

Kaedah-Kaedah ini;

“Universiti” ertinya Universiti Teknologi Malaysia.

Section 2 — KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA) (TATATERTIB PELAJAR) 2024