Malaysia legislation

Section 9

of KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA) (TATATERTIB PELAJAR) 2024

Seksyen 9

(1)

Seseorang pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar boleh mengadakan, menganjurkan atau terlibat dalam suatu perhimpunan, dalam mana-mana bahagian Kampus jika—

(a)

perhimpunan itu diadakan dan dianjurkan tidak melanggar apa-apa arahan, sekatan, terma atau syarat yang dinyatakan dalam kebenaran yang dikeluarkan oleh Naib Canselor; dan

(b)

peserta perhimpunan itu—

(i)

tidak melakukan apa-apa perbuatan atau membuat apa-apa pernyataan yang berkecenderungan untuk mewujudkan atau menggalakkan perasaan niat jahat atau permusuhan dalam kalangan pelajar, pekerja Universiti atau mana-mana orang lain; dan

(ii)

tidak membuat apa-apa yang mengganggu ketenangan, ketenteraman dan kesejahteraan Universiti dan orang awam.

(2)

Mana-mana pelajar yang melanggar subkaedah (1) melakukan suatu kesalahan tatatertib.

Bendera dan sepanduk

Section 9 — KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA) (TATATERTIB PELAJAR) 2024