Malaysia legislation

Section 19

of KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA) (TATATERTIB PELAJAR) 2024

Seksyen 19

(1)

Tiada seorang pun pelajar boleh—

(a)

mengguna, minum atau mempunyai dalam milikannya, jagaannya atau kawalannya, apa-apa bahan yang memabukkan di dalam

Kampus; atau

(b)

berada dalam keadaan mabuk di bawah pengaruh bahan yang memabukkan di dalam Kampus.

(2)

Bagi maksud kaedah ini, “bahan yang memabukkan” ertinya apa-apa bahan yang pada bila-bila masa dan tidak kira bagaimana sekalipun penggunaannya boleh menyebabkan mabuk atau menjejaskan pertimbangan atau hilang kewarasan.

(3)

Mana-mana pelajar yang melanggar subkaedah (1) melakukan suatu kesalahan tatatertib.

Gangguan seksual

Section 19 — KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA) (TATATERTIB PELAJAR) 2024