Malaysia legislation

Section 2

of KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA) (TATATERTIB PELAJAR) 2024

Seksyen 2

Dalam Kaedah-Kaedah ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“asrama” ertinya apa-apa tempat penginapan, dengan apa-apa jua nama yang dipanggil, yang disediakan oleh Universiti bagi tempat tinggal pelajar;

“Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar” ertinya Jawatankuasa Rayuan

Tatatertib Pelajar yang ditubuhkan oleh Lembaga di bawah seksyen 16B Akta;

“Kampus” ertinya Kampus Universiti termasuk semua asrama, institusi dan bangunan Universiti;

“kenderaan” ertinya suatu struktur yang boleh bergerak atau digerakkan atau digunakan untuk membawa mana-mana orang atau benda dan yang bersentuhan dengan permukaan bumi apabila bergerak;

P.U. (A) 330 7

“kenderaan motor” ertinya tiap-tiap perihalan kenderaan yang digerakkan oleh jentera mekanisme yang terkandung di dalam badan kenderaan itu dan dibina atau disesuaikan supaya boleh digunakan di atas jalan, dan termasuklah apa-apa kenderaan yang ditarik oleh sesuatu kenderaan motor sama ada atau tidak bahagian kenderaan yang ditarik sedemikian menindih atas kenderaan motor yang menariknya;

“kesalahan tatatertib” ertinya suatu kesalahan di bawah Kaedah-Kaedah ini;

“Ketua Asrama” ertinya ketua atau apa-apa nama jua yang diberi kepada seseorang pekerja Universiti yang dilantik sebagai ketua bagi suatu asrama;

“Naib Canselor” ertinya Naib Canselor Universiti, dan termasuklah mana-mana orang atau kumpulan orang yang diberi kuasa oleh Naib Canselor untuk bertindak bagi pihaknya;

“orang yang diberi kuasa” ertinya mana-mana orang atau kumpulan orang yang diberi kuasa oleh Naib Canselor untuk bertindak bagi pihak Universiti;

“pelajar” ertinya seorang pelajar berdaftar, selain pelajar di institusi bersekutu dengan Universiti, yang mengikuti kursus pengajian, pengajaran, latihan atau penyelidikan daripada apa-apa perihalan pada peringkat persediaan, praijazah, pascaijazah atau pascakedoktoran secara sepenuh masa atau sambilan dalam, oleh atau daripada Universiti, dan termasuklah pelajar pengajian jarak jauh, luar kampus, pertukaran dan tidak berijazah;

“pelajar menetap” ertinya seseorang pelajar yang menetap di dalam asrama;

“peperiksaan” termasuklah apa-apa cara atau kaedah penilaian yang menyebabkan suatu markah atau gred diberikan bagi sesuatu kursus tertentu atau sebahagian daripada kursus tertentu;

“pihak berkuasa tatatertib” ertinya Jawatankuasa Tatatertib Pelajar yang ditubuhkan oleh Lembaga yang disebut dalam seksyen 16B Akta;

P.U. (A) 330 8

“prosiding tatatertib” ertinya suatu prosiding tatatertib di bawah Kaedah-Kaedah ini;

“Universiti” ertinya Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Section 2 — KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA) (TATATERTIB PELAJAR) 2024