Malaysia legislation
Section 29
of KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (UNIVERSITI UTARA MALAYSIA) (TATATERTIB PELAJAR) 2024
Seksyen 29
(1)
Seseorang pelajar hendaklah mempamerkan kad pelajar sepanjang masa ketika berada di dalam Kampus.
(2)
Mana-mana pelajar yang tidak atau enggan mempamerkan atau menunjukkan kad pelajar apabila diminta oleh pihak berkuasa tatatertib atau mana-mana pekerja yang diberi kuasa oleh
Universiti melakukan suatu kesalahan tatatertib.
Kuasa pihak berkuasa tatatertib untuk memberikan perintah, suruhan atau arahan yang berhubungan dengan ketenteraman dan tatatertib Universiti 30.
(1)
Pihak berkuasa tatatertib boleh, dari semasa ke semasa, mengeluarkan sama ada secara lisan atau bertulis, apa-apa perintah, suruhan atau arahan sebagaimana
P.U. (A) 310 27
yang difikirkannya perlu atau suai manfaat untuk memelihara ketenteraman dan tatatertib Universiti termasuk tatatertib asrama, tatatertib lalu lintas jalan, tatatertib di dalam perpustakaan dan tatatertib di dalam Kampus.
(2)
Perintah, suruhan atau arahan itu boleh, secara amnya, yang berhubungan dengan semua pelajar atau sesuatu golongan, atau seorang pelajar tertentu, dan hendaklah menjadi kewajipan tiap-tiap pelajar untuk mematuhi dan melaksanakan perintah, suruhan atau arahan itu.
(3)
Mana-mana pelajar yang melanggar mana-mana perintah, suruhan atau arahan yang dikeluarkan di bawah subkaedah (1) melakukan suatu kesalahan tatatertib.
Hukuman tatatertib terus oleh pihak berkuasa tatatertib