Malaysia legislation

Section 4

of KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (UNIVERSITI UTARA MALAYSIA) (TATATERTIB PELAJAR) 2024

Seksyen 4

(1)

Seseorang pelajar hendaklah menghadiri mana-mana kuliah, tutorial, kelas atau pengajaran yang berhubungan dengan kursus pengajiannya melainkan jika kebenaran terlebih dahulu berkenaan dengan ketidakhadirannya daripada kuliah, tutorial, kelas atau pengajaran itu diperoleh daripada Penolong Naib Canselor, atau Dekan atau Timbalan Dekan Kolej, Pusat Pengajian atau Fakulti, atau ketua atau timbalan ketua Pusat, Akademi atau Institut, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(2)

Jika hal keadaan tidak membenarkan kebenaran terlebih dahulu itu diperoleh, pelajar hendaklah, dengan seberapa segera yang mungkin selepas mana-mana kuliah, tutorial, kelas atau pengajaran, memperoleh kelulusan daripada

Penolong Naib Canselor, atau Dekan atau Timbalan Dekan Kolej, Pusat Pengajian atau

Fakulti, atau ketua atau timbalan ketua Pusat, Akademi atau Institut, mengikut mana-mana yang berkenaan, berkenaan dengan ketidakhadirannya itu.

(3)

Mana-mana pelajar yang tidak menghadiri mana-mana kuliah, tutorial, kelas atau pengajaran yang berhubungan dengan kursus pengajiannya tanpa memperoleh kebenaran daripada Penolong Naib Canselor, atau Dekan atau Timbalan

Dekan Kolej, Pusat Pengajian atau Fakulti, atau ketua atau timbalan ketua Pusat, Akademi atau Institut, mengikut mana-mana yang berkenaan, melakukan suatu kesalahan tatatertib.

Sekatan ke atas penggunaan teks atau rakaman kuliah

Section 4 — KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (UNIVERSITI UTARA MALAYSIA) (TATATERTIB PELAJAR) 2024