Malaysia legislation

Section 59

of KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (UNIVERSITI UTARA MALAYSIA) (TATATERTIB PELAJAR) 2024

Seksyen 59

(1)

Pihak berkuasa tatatertib boleh memerintahkan apa-apa dokumen atau barang lain yang dikemukakan di hadapannya dalam penjalanan mana-mana prosiding tatatertib supaya disimpan dalam jagaannya atau dalam jagaan mana-mana orang sebagaimana yang dinyatakan oleh pihak berkuasa tatatertib sementara menunggu tamatnya prosiding tatatertib itu.

(2)

Pihak berkuasa tatatertib hendaklah, apabila tamatnya prosiding tatatertib di hadapannya, membuat apa-apa perintah sebagaimana yang difikirkannya patut bagi pelupusan apa-apa dokumen atau barang lain yang dikemukakan di hadapannya dalam penjalanan prosiding tatatertib, dan boleh mengarahkan supaya perintah itu mula berkuat kuasa sama ada dengan serta-merta atau pada bila-bila masa sebagaimana yang dinyatakannya.

(3)

Kuasa pihak berkuasa tatatertib di bawah subkaedah (2) hendaklah termasuk kuasa untuk memerintahkan pemusnahan apa-apa dokumen atau barang lain atau pelucuthakan apa-apa dokumen atau barang itu.

Nota prosiding tatatertib

Section 59 — KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (UNIVERSITI UTARA MALAYSIA) (TATATERTIB PELAJAR) 2024