Malaysia legislation

Section 7

of KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (UNIVERSITI UTARA MALAYSIA) (TATATERTIB PELAJAR) 2024

Seksyen 7

(1)

Jika kursus pengajian seseorang pelajar menghendaki kehadiran pelajar itu bagi sesuatu peperiksaan dan pelajar itu tidak dihalang selainnya daripada menduduki peperiksaan itu, pelajar itu hendaklah hadir bagi peperiksaan itu melainkan jika kebenaran terlebih dahulu daripada Penolong Naib Canselor, atau Dekan atau

Timbalan Dekan Kolej, Pusat Pengajian atau Fakulti, atau ketua atau timbalan ketua

Pusat, Akademi atau Institut, mengikut mana-mana yang berkenaan, telah diperoleh.

(2)

Jika hal keadaan tidak membenarkan kebenaran terlebih dahulu itu diperoleh, pelajar itu hendaklah, dengan seberapa segera yang mungkin selepas peperiksaan itu, memperoleh kebenaran daripada Penolong Naib Canselor, atau Dekan atau Timbalan Dekan Kolej, Pusat Pengajian atau Fakulti, atau ketua atau timbalan ketua

Pusat, Akademi atau Institut, mengikut mana-mana yang berkenaan, berkenaan dengan ketidakhadirannya itu.

(3)

Mana-mana pelajar yang tidak dihalang daripada menduduki sesuatu peperiksaan tetapi tidak menghadiri peperiksaan itu tanpa memperoleh kebenaran daripada Penolong Naib Canselor, atau Dekan atau Timbalan Dekan Kolej, Pusat

Pengajian atau Fakulti, atau ketua atau timbalan ketua Pusat, Akademi atau Institut, mengikut mana-mana yang berkenaan, melakukan suatu kesalahan tatatertib.

P.U. (A) 310 15

Kelakuan yang berhubungan dengan peperiksaan

Section 7 — KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (UNIVERSITI UTARA MALAYSIA) (TATATERTIB PELAJAR) 2024