Malaysia legislation
Section 2
of KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (TATATERTIB PELAJAR) 2023
Seksyen 2
Dalam Kaedah-Kaedah ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“desasiswa” ertinya apa-apa tempat penginapan, dengan apa-apa jua nama yang dipanggil, yang disediakan oleh Universiti bagi tempat tinggal pelajar;
“Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar” ertinya Jawatankuasa Rayuan
Tatatertib Pelajar yang ditubuhkan di bawah subseksyen 63(9) Perlembagaan Universiti
Sains Malaysia [P.U. (A) 220/2011];
“Kampus” ertinya Kampus Universiti termasuk semua desasiswa, institusi dan bangunan Universiti;
“kenderaan” ertinya suatu struktur yang boleh bergerak atau digerakkan atau digunakan untuk membawa mana-mana orang atau benda dan yang bersentuhan dengan permukaan bumi apabila bergerak;
P.U. (A) 292 7
“kenderaan motor” ertinya tiap-tiap perihalan kenderaan yang digerakkan oleh jentera mekanisme yang terkandung di dalam badan kenderaan itu dan dibina atau disesuaikan supaya boleh digunakan di atas jalan, dan termasuklah apa-apa kenderaan yang ditarik oleh sesuatu kenderaan motor sama ada atau tidak bahagian kenderaan yang ditarik sedemikian menindih atas kenderaan motor yang menariknya;
“kesalahan tatatertib” ertinya suatu kesalahan di bawah Kaedah-Kaedah ini;
“Naib Canselor” ertinya Naib Canselor Universiti, dan termasuklah mana-mana orang atau kumpulan orang yang diberi kuasa oleh Naib Canselor untuk bertindak bagi pihaknya;
“orang yang diberi kuasa” ertinya mana-mana orang atau kumpulan orang yang diberi kuasa sewajarnya oleh Naib Canselor untuk bertindak bagi pihak Universiti;
“pelajar” ertinya seseorang pelajar berdaftar, selain pelajar di institusi bersekutu dengan Universiti, yang mengikuti kursus pengajian, pengajaran, latihan atau penyelidikan daripada apa-apa perihalan pada peringkat persediaan, praijazah, pascaijazah atau pascakedoktoran secara sepenuh masa atau sambilan dalam, oleh atau daripada Universiti dan termasuklah pelajar pengajian jarak jauh, luar kampus, pertukaran dan tidak berijazah;
“pelajar menetap” ertinya seseorang pelajar yang menetap di dalam desasiswa;
“Penggawa” ertinya seseorang pekerja Universiti yang menjaga sesuatu desasiswa;
“peperiksaan” termasuklah apa-apa cara atau kaedah penilaian yang menyebabkan suatu markah atau gred diberikan bagi sesuatu kursus tertentu atau sebahagian daripada kursus tertentu;
“pihak berkuasa tatatertib” ertinya pihak berkuasa tatatertib yang disebut dalam seksyen 16B Akta bagi Universiti;
P.U. (A) 292 8
“prosiding tatatertib”
ertinya suatu prosiding tatatertib di bawah
Kaedah-Kaedah ini;
“Universiti” ertinya Universiti Sains Malaysia.