Skip to content

Seksyen 25

Membuat bising

of Kaedah-Kaedah Universiti Sains Malaysia (Tatatertib Pelajar) 2023

P.U. (A)In forceProvision 24 of 73
Seksyen 25

(1)

Tiada seorang pun pelajar boleh membuat apa-apa bunyi atau bising, atau menyebabkan apa-apa bunyi atau bising dikeluarkan, dengan apa-apa cara, jika bunyi atau bising itu boleh secara munasabahnya menyebabkan kegusaran atau gangguan kepada mana-mana orang di dalam Kampus.

(2)

Subkaedah (1) di atas tidak terpakai jika apa-apa bunyi atau bising yang dibuat adalah bagi maksud yang berkaitan dengan kursus pengajian dan di tempat yang sesuai yang diluluskan oleh Universiti.

(3)

Mana-mana pelajar yang melanggar subkaedah (1) melakukan suatu kesalahan tatatertib.