Malaysia legislation
Section 29
of KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (TATATERTIB PELAJAR) 2023
Seksyen 29
(1)
Seseorang pelajar hendaklah mempamerkan kad pelajar sepanjang masa ketika berada di dalam Kampus.
(2)
Mana-mana pelajar yang gagal atau enggan mempamerkan atau menunjukkan kad pelajar apabila diminta oleh pihak berkuasa tatatertib atau mana-mana pekerja yang diberi kuasa oleh
Universiti melakukan suatu kesalahan tatatertib.
Kuasa pihak berkuasa tatatertib untuk memberikan apa-apa perintah, suruhan atau arahan yang berhubungan dengan ketenteraman dan tatatertib Universiti 30.
(1)
Pihak berkuasa tatatertib atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Naib Canselor boleh, dari semasa ke semasa, mengeluarkan sama ada secara lisan atau bertulis, apa-apa perintah, suruhan atau arahan sebagaimana yang difikirkannya perlu atau suai manfaat untuk memelihara ketenteraman dan tatatertib
Universiti termasuklah tatatertib desasiswa, tatatertib lalu lintas jalan, tatatertib di dalam perpustakaan dan tatatertib di dalam Kampus.
P.U. (A) 292 27
(2)
Perintah, suruhan atau arahan itu boleh, secara amnya, berhubung dengan semua pelajar atau sesuatu golongan atau seorang pelajar tertentu, dan hendaklah menjadi kewajipan tiap-tiap pelajar untuk mematuhi dan melaksanakan perintah, suruhan atau arahan itu.
(3)
Mana-mana pelajar yang melanggar mana-mana perintah, suruhan atau arahan yang dikeluarkan di bawah subkaedah (1) melakukan suatu kesalahan tatatertib.
Hukuman tatatertib terus oleh pihak berkuasa tatatertib