Malaysia legislation
Section 32
of KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (TATATERTIB PELAJAR) 2023
Seksyen 32
(1)
Tiada seorang pun pelajar menetap boleh membenarkan mana-mana pelajar, orang atau kumpulan pelajar yang lain memasuki mana-mana bilik di dalam desasiswa yang diduduki oleh seseorang pelajar menetap.
(2)
Subkaedah (1) tidak terpakai bagi—
(a)
orang yang diberi kuasa yang memasuki bilik itu bagi maksud menjalankan fungsi, kewajipan atau tanggungjawabnya;
(b)
seseorang yang memasuki bilik itu mengikut apa-apa kebenaran bertulis yang diberikan oleh atau bagi pihak Penggawa; dan
(c)
seseorang pelajar menetap daripada jantina yang sama yang memasuki mana-mana bilik di dalam desasiswa untuk lawatan sosial.
(3)
Mana-mana pelajar menetap yang melanggar subkaedah (1) melakukan suatu kesalahan tatatertib.
Menghalang pekerja Universiti dan orang yang diberi kuasa daripada memasuki dan menjalankan fungsinya, dsb.