Malaysia legislation

Section 36

of KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (TATATERTIB PELAJAR) 2023

Seksyen 36

(1)

Seseorang pelajar menetap—

(a)

hendaklah menggunakan premis desasiswa dengan cermat yang sewajarnya; dan

(b)

tidak boleh melakukan apa-apa jua yang boleh mencacati, merosakkan atau menyebabkan apa-apa kerosakan lain kepada mana-mana bahagian kawasan atau bangunan atau kepada apa-apa barang atau lekapan dalamnya.

(2)

Seseorang pelajar menetap hendaklah, semasa menggunakan premis desasiswa dan kemudahannya di dalamnya, mengambil langkah berhati-hati bagi memastikan bahawa penggunaan itu tidak menyebabkan apa-apa kesulitan, kegusaran, halangan atau kacau ganggu kepada mana-mana orang lain.

P.U. (A) 292 30

(3)

Mana-mana pelajar menetap yang melanggar subkaedah (1) atau (2)

melakukan suatu kesalahan tatatertib.

Bertukar bilik tanpa kebenaran terlebih dahulu

Section 36 — KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (TATATERTIB PELAJAR) 2023