Seksyen 37
Bertukar bilik tanpa kebenaran terlebih dahulu
of Kaedah-Kaedah Universiti Sains Malaysia (Tatatertib Pelajar) 2023
P.U. (A)In forceProvision 35 of 73
Seksyen 37
(1)
Tiada seorang pun pelajar menetap boleh bertukar bilik yang telah diuntukkan kepadanya di desasiswa ke mana-mana bilik lain tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu yang diberikan oleh atau bagi pihak Penggawa.
(2)
Mana-mana pelajar menetap yang melanggar subkaedah (1) melakukan suatu kesalahan tatatertib.