Malaysia legislation

Section 53

of KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (TATATERTIB PELAJAR) 2023

Seksyen 53

(1)

Jika pelajar mengaku tidak bersalah atas kesalahan tatatertib atau gagal atau enggan mengaku atau tidak mengaku fakta kes, pihak berkuasa tatatertib hendaklah memeriksa mana-mana saksi, apa-apa dokumen atau barang lain bagi menyokong kes terhadap pelajar itu.

P.U. (A) 292 37

(2)

Pelajar itu, pekerja Universiti atau pelajar lain Universiti yang mewakili pelajar itu mempunyai hak untuk menyoal mana-mana saksi dan memeriksa apa-apa dokumen atau barang, dan pihak berkuasa tatatertib boleh memeriksa semula saksi itu.

(3)

Bagi maksud subkaedah (1), saksi hendaklah diminta oleh pihak berkuasa tatatertib untuk memberikan keterangan dalam pendengaran itu.

(4)

Jika keterangan yang disebut dalam subkaedah (3) diterima, dan pihak berkuasa tatatertib mendapati bahawa tiada kes untuk dijawab, pihak berkuasa tatatertib hendaklah memutuskan bahawa pelajar itu tidak bersalah untuk kesalahan tatatertib itu.

Keterangan pelajar

Section 53 — KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (TATATERTIB PELAJAR) 2023