Malaysia legislation

Section 54

of KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (TATATERTIB PELAJAR) 2023

Seksyen 54

(1)

Jika keterangan yang disebut dalam kaedah 53 diterima, dan pihak berkuasa tatatertib mendapati bahawa terdapatnya suatu kes untuk dijawab, pelajar itu hendaklah diminta untuk memberikan keterangannya, memanggil mana-mana saksi atau mengemukakan apa-apa dokumen atau barang lain bagi pembelaannya.

(2)

Pihak berkuasa tatatertib boleh memeriksa pelajar itu, mana-mana saksinya atau memeriksa apa-apa dokumen atau barang yang dikemukakan oleh pelajar itu.

(3)

Pelajar itu boleh memeriksa semula mana-mana saksinya yang telah diperiksa oleh pihak berkuasa tatatertib.

Memanggil semula saksi

Section 54 — KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (TATATERTIB PELAJAR) 2023