Malaysia legislation
Section 56
of KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (TATATERTIB PELAJAR) 2023
Seksyen 56
Pengumuman keputusan
(1)
Selepas mendengar keterangan saksi dan memeriksa dokumen atau barang lain yang dikemukakan di hadapannya, pihak berkuasa tatatertib hendaklah mengumumkan keputusannya dalam kes itu.
P.U. (A) 292 38
(2)
Jika pihak berkuasa tatatertib memutuskan bahawa pelajar itu bersalah atas kesalahan tatatertib itu, pihak berkuasa tatatertib hendaklah meminta pelajar itu mengemukakan apa-apa rayuan untuk meringankan hukumannya.
(3)
Jika selepas pelajar mengemukakan rayuannya untuk meringankan hukuman di bawah subkaedah (2), pihak berkuasa tatatertib hendaklah mengenakan ke atas pelajar itu satu daripada hukuman yang dinyatakan dalam subkaedah 58(1) atau mana-mana gabungan dua atau lebih hukuman itu yang sesuai.
(4)
Keputusan pihak berkuasa tatatertib hendaklah disampaikan secara bertulis kepada pelajar itu dalam masa empat belas hari dari tarikh keputusan.
Tatacara apabila pelajar membuat representasi bertulis