Malaysia legislation
Section 7
of KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (TATATERTIB PELAJAR) 2023
Seksyen 7
(1)
Jika kursus pengajian seseorang pelajar menghendaki kehadiran pelajar itu bagi sesuatu peperiksaan dan pelajar itu tidak selainnya dihalang daripada menduduki peperiksaan itu, pelajar itu hendaklah hadir bagi peperiksaan itu melainkan jika kebenaran terlebih dahulu daripada Dekan Fakulti atau Pusat Pengajian, atau ketua Institut, Pusat Akademik, Pusat Penyelidikan atau Akademi Universiti, mengikut mana-mana yang berkenaan, telah diperoleh.
(2)
Jika hal keadaan tidak membenarkan kebenaran terlebih dahulu itu diperoleh, pelajar hendaklah, dengan seberapa segera yang mungkin selepas peperiksaan itu, memperoleh kebenaran daripada Dekan Fakulti atau Pusat Pengajian, atau ketua
Institut, Pusat Akademik, Pusat Penyelidikan atau Akademi Universiti, mengikut mana-mana yang berkenaan, berkenaan dengan ketidakhadirannya itu.
(3)
Mana-mana pelajar yang tidak dihalang daripada menduduki sesuatu peperiksaan tetapi tidak menduduki peperiksaan itu tanpa memperoleh kebenaran daripada Dekan Fakulti atau Pusat Pengajian, atau ketua Institut, Pusat Akademik,
Pusat Penyelidikan atau Akademi Universiti, mengikut mana-mana yang berkenaan, melakukan suatu kesalahan tatatertib.
Kelakuan yang berhubungan dengan peperiksaan