Malaysia legislation

Section 10

of KOD MALAYSIA MENGENAI PENGAMBILALIHAN DAN PERCANTUMAN 2016

Seksyen 10

Prinsip am 8

Pembuat tawaran, lembaga pengarah pembuat tawaran, lembaga pengarah penerima tawaran dan penasihat mereka masing-masing dilarang daripada membuat penzahiran terpilih kepada pemegang syer semasa suatu transaksi pengambilalihan atau percantuman, atau apabila transaksi sedemikian dalam pertimbangan, kecuali jika maklumat itu diberikan secara rahsia oleh lembaga pengarah penerima tawaran itu kepada seseorang yang berpotensi menjadi pembuat tawaran bona fide atau oleh seorang yang berpotensi menjadi pembuat tawaran bona fide kepada lembaga pengarah penerima tawaran itu.

Section 10 — KOD MALAYSIA MENGENAI PENGAMBILALIHAN DAN PERCANTUMAN 2016