Malaysia legislation

Section 5

of KOD MALAYSIA MENGENAI PENGAMBILALIHAN DAN PERCANTUMAN 2016

Seksyen 5

(1)

Mana-mana orang yang—

(a)

merupakan seorang pengambil yang bercadang untuk membuat suatu pengambilan yang boleh membawa kepada suatu obligasi untuk membuat tawaran pengambilalihan; atau

(b)

merupakan seorang pembuat tawaran, hendaklah memastikan bahawa dia mampu untuk melaksanakan tawaran itu sepenuhnya.

(2)

Penasihat kewangan orang yang disebut dalam perenggan (1) hendaklah berpuas hati bahawa orang itu mampu dan akan terus mampu melaksanakan tawaran itu sepenuhnya.

Prinsip am 4

Section 5 — KOD MALAYSIA MENGENAI PENGAMBILALIHAN DAN PERCANTUMAN 2016