Malaysia legislation
Section 2
of KOD PERLINDUNGAN PENGGUNA PENERBANGAN MALAYSIA (PINDAAN) 2019
Seksyen 2
Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016 [P.U. (B) 305/2016]
yang disebut “Kod ibu” dalam Kod ini, dipinda—
(a)
dengan memasukkan selepas takrif “Hak Pengeluaran Khas” takrif yang berikut:
‘ “hal keadaan luar biasa” ertinya hal keadaan yang boleh, secara khusus, berlaku dalam hal peperangan, keadaan meteorologi tidak bersesuaian dengan operasi penerbangan yang berkenaan, risiko keselamatan, kelemahan aspek keselamatan penerbangan yang tidak dapat dijangka dan mogok yang menjejaskan operasi sesuatu syarikat penerbangan yang beroperasi;’;
(b)
dengan memasukkan selepas takrif “hari” takrif yang berikut:
‘ “Kad OKU” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam
Akta Orang Kurang Upaya 2008 [Akta 685];’; dan
P.U. (B) 250 3
(c)
dengan menggantikan takrif “orang kurang upaya” dengan takrif yang berikut:
‘ “orang kurang upaya” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Orang Kurang Upaya 2008;’.
Penggantian perenggan 3