Malaysia legislation

Section 6

of KOD PERLINDUNGAN PENGGUNA PENERBANGAN MALAYSIA (PINDAAN) 2019

Seksyen 6

Perenggan 7 Kod ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan subperenggan

(1)

dengan subperenggan yang berikut:

“(1) Sesuatu syarikat penerbangan hendaklah menzahirkan kepada pengguna terma dan syarat utama yang berikut sebelum pembelian tiket oleh pengguna:

(a)

fi pembatalan;

(b)

apa-apa polisi bayaran balik dan tempahan semula;

(c)

polisi bagi penumpang yang tidak─

(i)

hadir di kaunter daftar masuk;

(ii)

hadir di pintu masuk dalam tempoh yang ditetapkan;

dan

(iii)

menaiki pesawat udara pada waktu masuk yang dinyatakan;

(d)

polisi peruntukan bagasi; dan

(e)

kesahan dokumen perjalanan penumpang.”;

P.U. (B) 250 6

(b)

dengan memasukkan selepas subperenggan (1), subperenggan yang berikut:

“(1A) Jika tiket dibeli daripada seseorang ejen pelancongan, syarikat penerbangan hendaklah memastikan bahawa terma dan syarat utama yang disebut dalam subsubperenggan (1)(a) hingga (e)

disampaikan kepada pengguna oleh ejen pelancongan itu sebelum pembelian tiket itu oleh pengguna.”; dan

(c)

dalam subperenggan (3)—

(i)

dalam subsubperenggan (a), dengan menggantikan perkataan

“tambang” dengan perkataan “tambang penerbangan”;

(ii)

dengan menggantikan subsubperenggan

(e)

dengan subsubperenggan yang berikut:

“(e)

apa-apa fi dan caj yang ditetapkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis;”;

(iii)

dengan menggantikan subsubperenggan

(f)

dengan subsubperenggan yang berikut:

“(f)

apa-apa caj yang kena dibayar kepada syarikat penerbangan dan surcaj bahan api;”; dan

(iv)

dalam subsubperenggan (h), dengan menggantikan perkataan

“jumlah keseluruhan harga tiket” perkataan “harga muktamad tambang penerbangan”.

P.U. (B) 250 7

Perenggan baharu 7A

Section 6 — KOD PERLINDUNGAN PENGGUNA PENERBANGAN MALAYSIA (PINDAAN) 2019